Thursday, March 8, 2018

30 JAMADIALKHIR 1439

Assalamualaikum...

Tadi pagi dalam perjalanan ke pejabat... dapat bercakap dengan bonda tercinta bagi membincangkan majlis Khatam Quran untuk Yasmine serta dua orang sepupu dia iaitu anak ayah along Damia dan anak mak teh Danish... 

Perancangan awal kami semua berpakat untuk membuat majlis kecil-kecilan sahaja tetapi mengenangkan sudah lama rumah kampung tidak diadakan majlis yang lebih meriah itupun terakhir majlis meriah dibuat di rumah kampung ialah majlis Kahwin Ayah Cu... 6 tahun lepas selepas itu setakat kenduri-kenduri biasa sahaja...

Kami sepakat untuk membuat majlis khatam yang julung diadakan dengan meriah... bertambah meriah keluarga sebelah bonda yang berada di Kuala Lumpur dan Johor Bahru juga telah bersetuju untuk hadir bersama... saya ditugaskan untuk menguruskan bahagian pelamin semuanya saya buat tempahan melalui panggilan talifon sahaja... tema dan sebagainya saya hanya menghubungi dari Melaka sahaja... Kredit untuk sahabat saya Hajjah Shima kerana banyak membantu mencari kedai pengantin di Segamat... 

3 kedai pengantin yang dibuat survey, saya telah memilih kedai pengantin Pn Ayut beralamat  No 40 tingkat atas, Jalan 2/7 Jalan Utama Bandar Utama, 85000 Segamat Johor... yang akan membuat pelamin untuk memeriahkan majlis kami ini. terima kasih atas kerjasama Pn Ayut yang sentiasa memudahkan kerja saya... kali pertama berhubung semuanya jelas nampak mudah dan beliau dapat memahami konsep dan kehendak saya...

Yasmine dah mula risau mendengar bilangan jemputan yang agak ramai... saya hanya nasihatkan dia agar fokus pada bacaan surah yang akan dia baca terutama pada  bahagian tajwid... Pujian untuk Ustaz Zahir yang datang ke rumah bersungguh-sungguh memastikan bacaan Yasmine terbaik...

Dari segi baju Yasmine telah ditempah dan siap (tidak perlu lagi nak pikir lagi part tu...) dengan kain dari songket yang dibeli di Jakel Segamat... saya juga diminta untuk menyelesaikan bahagian Bunga Telur... kawan saya telah memberi idea untuk membuat telur merah ini... dulu-dulu memang itu lah identiti telur mengikut masyarakat Tiong Hua... ketika ada keraian... akan difikirkan...hihi.





Ada antara kami dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kuih muih... sure tugas mak teh... kek yang dibuat setaraf kek dijual dikedai... hihi, door give (mak long), kebersihan (ayah cu), tempahan makanan (ayah long), P.A sistem (mak ucu), dll semoga permuafakatan ini akan mengeratkan hubungan kami adik beradik, sedara mara dan orang kampung. kalaulah Arwah ayah masih ada....  dialah sentiasa sibuk bertanyakan semua telah dibuat ataupun tidak... sehingga sanggup telefon semua anak-anak bertanyakan itu ini.

Insyallah... majlis yang akan berlangsung pada 18 Mac 2018 bersamaan 30 Jamadiakhir 1439 hijri akan meninggalkan satu kenangan yang terindah buat keluarga kami semua... Insyallah






4 comments:

Anonymous said...

bestnya... sure meriah...

ina_zulkifli said...

Very good planner.....terbaek Sir...dan saya pasti meriah majlis tu...saya doakan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang...tahniah untuk yasmin..

Unknown said...

Semoga segalanya bjln dgn lancar dan dipermudahkan segala urusan hendanya...aminnn....tahniah dan syukur Yasmine dh khatam Al Quran...

Unknown said...

SemOga semua berjalan seperti yg di rancang.. insyaAllah and for yasmin I know u can do your best.. jgn nerves2 yer..

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...