Tuesday, January 17, 2017

17/1/2017 bersamaan 18 Rabiulakhir 1438 H

Assalamualaikum...

Alhamdulilah... permulaan tahun ini banyak berita yang menggembirakan, diharapkan akan terus bahagia dan gembira sampailah ke akhir tahun... Insyallah. Antara berita yang tidak disangka ialah pada 17/1/2017 bersamaan 18 Rabiulakhir 1438 H hari selasa... salah sebuah Universiti ternama di Malaysia telah memberi tawaran untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar di sana... inilah yang dikatakan rezeki.

Kalau diimbas kembali, dari menjadi pelajar di sana dan kini menjadi pula sebahagian warga pengajar pula, memang ini dinamakan jodoh.




Selepas ini banyak masa akan dipenuhkan dengan mencari dan membaca sumber dan kajian yang telah dibuat untuk persediaan sebelum masuk ke bilik kuliah. Walaupun sebelum ini pernah memberi taklimat dan ceramah kepada individu yang lebih berumur dan berpengalaman tetapi kali ini gementarnya sangat berlainan... kerana bakal pelajar dari pelbagai latarbelakang.


Teringat masa menjadi pelajar universiti dahulu, memang semua pensyarah yang mengajar akan ada kategorinya... hihihi. Ada pensyarah yang menjadi kesukaan pelajarnya, ada juga yang suka berlawak dan ada juga yang sangat cerewet... inilah yang dinamakan banyak orang banyak ragam  

Kepada semua yang mengenali diri ini, doakanlah semoga dapat menjadi pendidik yang terbaik dan disenangi oleh semua pelajarnya, Insyallah... rezeki yang diperolehi akan dikongsi bersama dengan insan-insan tersayang dan dipermudahkan untuk semua urusan. 


Aaminn






   

No comments:

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...