Sunday, December 15, 2024

UJIAN HIDUP

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA SEMUA...

Meniti hari-hari hujung tahun yang tenang dan mendamaikan

Baru semalam kami balik dari menziarah pakcik yang sakit kemalangan patah tangan dan kaki di Hospital Selayang... melihat wajah beliau yang dalam keadaan tenang dan ceria menyambut kedatangan kami...  sambil borak-borak terasa sayu melihat dugaan yang dia hadapi dengar pula mereka terpaksa berpindah mencari rumah sewa lain disebabkan tuan rumah mahu menjual rumah tersebut... besar sungguh dugaannya

Tetapi saya percaya Allah SWT tidak akan menduga hambanya melebihi tahap keupayaan hambanya itu

ada diuji dengan kesihatan...

ada yang diduga dengan harta...

ada juga yang diuji dengan masalah adik beradik/jiran/rakan sekerja dan sebagainya...

Itu semua lumrah hidup.. bukan kehidupan namanya tanpa ada ujian betul kan...?

Setiap manusia akan diuji dengan cara yang berbeza walaupun kita melihat seseorang yang sangat sempurna dalam hidupnya... ada segalanya... elok peribadinya.... rupa paras yang baik .... sure ada dugaan untuk mereka yang kita sendiri tidak tahu kerana kita bukan berada dalam hidup mereka

Bagi saya... semua orang ada cara masing-masing menangani dugaan dan masalah tersebut.. jangan tersasar dari landasan hidup itu semua sudah memadai




TERBACA ENTRY INI RENUNG-RENUNGKAN LAH.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Cuti sekolah seminggu telah pun berlalu... terasa sangat pantas masa mengejar kita semua... apa ya...