Monday, January 27, 2025

TERBACA ENTRY INI RENUNG-RENUNGKAN LAH.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Cuti sekolah seminggu telah pun berlalu... terasa sangat pantas masa mengejar kita semua... apa yang saya nak sentuh pada hari ini ialah kebahagiaan kita... kita yang mencorakkan dan kita siapa yang ingin mengatur corak hidup orang lain... segala kekurangan kita ataupun orang lain... kena terima seadanya dan berupayakah kita untuk mengubah cara, sikap orang... nak-nak yang dah umur dah hampir separuh abad...

Untuk kita menjaga dan mengatur cara pengurusan kerja orang lain bukan ini masanya... kita juga ada tanggungjawab yang berat perlu dilaksanakan... takut nanti yang di kendung berguguran dan yang dijaga berciciran... tahap kemampuan kita ada batasnya.. jangan kerana kerja kesihatan kita terganggu dan hidup kita dalam stress sentiasa... kalau difikirkan saya ini siapa untuk menegur dan memberi pandangan tetapi bagi yang terbuka atau terbaca entry ini renung-renungkan lah... 

Seperti mana apa yang saya selalu katakan... semakin tinggi kedudukan kita semakin tinggi dugaan yang perlu kita tempuh dan selesaikan... kerja ini tidak akan habis walaupun kita mati... so kita kena bijak menguruskan asingkan mana yang penting dan perlu diselesaikan dahulu... tinggalkan hal kerja apabila sampi ke rumah dan hindarkan perangai-perangai toksik yang memeningkan...





Sunday, January 19, 2025

Syukur & Redha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Semoga semua akan menjalani hari yang penuh mendamaikan ini... dengan hati yang tenang dan ceria

Bagi yang menyambut hari lahir pada hari ini 20 Januari 2025 didoakan semoga terus menjalani hari-hari dengan bahagia disamping keluarga dan insan tercinta.. kita jangan berhenti mendoakan kebahagian orang lain walaupun hidup kita sendiri penuh dengan cabaran dan dugaan...

Segala apa yang kita jalani pada hari ini adalah kurniaan dari Allah SWT dan jangan sekali-kali merasakan tidak adil pada diri kita.. pasti inilah tempat terbaik untuk kita

Setiap orang Allah susunkan jalan cerita yang berbeza
rezeki yang berbeza
ujian hidup yang berbeza
kesusahan yang berbeza

tapi...

walau apa pun yang berlaku
tidak ada satupun untuk keburukan kita
semuanya untuk kebaikan kita

jadi... 

janganlah risau  
Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita
hidup kita ini Allah dah uruskan
kita tak perlu risau 
dan kita tak perlu berkira dengan kehidupan orang lain
sedangkan Allah dah susun baik untuk kehidupan kita
Insyallah rezeki dan kebahagian kita akan sampai

Buat masa ni...
Syukur & Redha




Monday, January 13, 2025

HATI ORANG KITA JAGA, HATI KITA SIAPA YANG PEDULI....?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Semoga semua dalam keadaan sihat dan bahagian di samping keluarga dan rakan yang sentiasa membahagiakan.. saya selalu ingat bahawa rakan yang baik juga merupakan rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita...

Hari ini saya ingin menyentuh isu hati yang perlu dijaga... kita hidup dalam dunia ini bukan seorang tetapi kita bermasyarakat, berkeluarga dan berpasangan.. semua ini kita perlu jaga hati dan perasaan mereka terutama tindakan dan tutur kata... kalau hilanglah insan-insan ini maka pasti hidup kita tidak bermakna

Pasti ada yang meluahkan penyataan bahawa... hati orang kita jaga, hati kita siapa yang peduli...??

Tepuk dada tanya hati... pendapat saya... kalau ada yang lebih menjaga hati sendiri, ia lebih pentingkan diri!!!...pastinya aturan hidup kita ini saling bergantung antara satu sama lain... jika kita jaga hati semua orang pasti mereka juga akan begitu... ada balasan yang baik... itulah dinamakan kehidupan

Bagi saya hidup ini mudah... kita semua ada kehidupan masing-masing.. saya akan buat apa yang saya suka dan merasakan betul... dalam masa yang sama saya ada kerjaya, ada keluarga, ada pasangan dan berada dalam komuniti, selagi boleh saya akan menjaga hati dan perasaan mereka bagi memudahkan urusan dan hidup saya... 

Apa-apapun saya perlukan hidup yang tenang, mendamaikan untuk saya kecapi kerana hidup ini hanya sekali sahaja jika ada isu saya terasa hati saya akan buang jauh-jauh dan biarlah masa akan meredakan semuanya





Wednesday, January 8, 2025

CUMA KAMULAH CINTA KU.....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

hahaha.... sure terkejut baca tajuk kali ini kan....?!😅😅😅

Semasa dalam perjalanan ke office pagi ini tadi.. sepanjang jalan saya buka lagu industan dinyanyikan oleh Arijit Singh... Tum Hi Ho...!!!.. hahaha... sebenarnya banyak lagu industan yang sangat sedap untuk didengar tetapi yang satu nie lain benar muzik dan lagunya.. 

Apabila diterjemahkan liriknya sangatlah puitis... yang mencipta lirik lagu ini saya secara peribadi pastinya seorang yang hebat dan bakat semulajadi (gifted) yang dikurniakan oleh Allah SWT... sebab boleh terpikir menyusun bait kata lirik yang indah ... semua itu saya tidak terjangkau terutama orang kebanyakkan yang tiada bakat dalam seni muzik ini. saya kongsikan lirik lagu ini...


Aku tidak boleh hidup tanpa mu sekarang
Apakah erti aku sekarang jika tiada kamu

Aku tidak boleh hidup tanpa mu sekarang
Apakah erti aku sekarang jika tiada kamu

Jika aku terpisah dari kamu
Maka aku juga akan terpisah dari diriku sendiri

Kerana hanya kamu
Sekarang hanya kamu
Kini, kamu adalah hidupku
Kedamaian, bahkan rasa sakitku
Hanya kamulah cintaku

Apakah hubungan kita sekarang
tidak ada satu pun kenangan, aku jauh darimu
Aku bertahan hidup hanya untukmu
Aku menyerah semua waktu hanya untukmu
Aku tidak ingin kehilangan sebarang kenangan tanpa kamu
Di setiap hembusan nafasku, ada namamu

Kerana hanya kamu
Sekarang hanya kamu
Kini, kamu adalah hidupku
Kedamaian, bahkan rasa sakitku
Hanya kamulah cintaku

Hanya kamu...
Hanya kamu...
Cuma kamulah cinta ku




DIAM ITU INDAH

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita masih dalam bulan tahun 2025... macam-macam perancangan dan program yang telah diatur dan akan dijalankan yang akan bermula selepas hari raya nanti.. fokus utama tahun 2025 ini adalah untuk menambahbaik segala program yang telah dilaksanakan bagi tahun 2024 yang lepas... 

Selalu saya akan ingat untuk diri saya sendiri bahawa sudah berapa lama pun kita berada di satu tempat itu... sudah berapa banyak pun pengalaman kita kendalikan, pasti ada kelemahan walaupun sedikit yang perlu kita akui dan kita selaku peneraju program jangan cepat puas hati... tahun berikutnya perlu kita ada tambahbaik lagi program tersebut.  

Awal tahun seperti masa sekarang ini.. semangatnya lain macammm... hahaha... terutama kita dikelilingi oleh insan-insan tersayang sentiasa memberi sokongan dan idea.. semua ini saya anggap sebagai ubat yang sangat saya perlukan... segala umpatan dan kecaman kita abaikan ... biarkan seperti angin lalu... saya suka dengan prinsip sahabat saya yang sama-sama bertugas iaitu... "DIAM ITU INDAH"... biarkan orang bercakap.. penting satu hari nanti orang lain akan tau siapa yang banyak bercakap... hati busuk dengan orang yang berkerja.




Sunday, December 15, 2024

UJIAN HIDUP

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA SEMUA...

Meniti hari-hari hujung tahun yang tenang dan mendamaikan

Baru semalam kami balik dari menziarah pakcik yang sakit kemalangan patah tangan dan kaki di Hospital Selayang... melihat wajah beliau yang dalam keadaan tenang dan ceria menyambut kedatangan kami...  sambil borak-borak terasa sayu melihat dugaan yang dia hadapi dengar pula mereka terpaksa berpindah mencari rumah sewa lain disebabkan tuan rumah mahu menjual rumah tersebut... besar sungguh dugaannya

Tetapi saya percaya Allah SWT tidak akan menduga hambanya melebihi tahap keupayaan hambanya itu

ada diuji dengan kesihatan...

ada yang diduga dengan harta...

ada juga yang diuji dengan masalah adik beradik/jiran/rakan sekerja dan sebagainya...

Itu semua lumrah hidup.. bukan kehidupan namanya tanpa ada ujian betul kan...?

Setiap manusia akan diuji dengan cara yang berbeza walaupun kita melihat seseorang yang sangat sempurna dalam hidupnya... ada segalanya... elok peribadinya.... rupa paras yang baik .... sure ada dugaan untuk mereka yang kita sendiri tidak tahu kerana kita bukan berada dalam hidup mereka

Bagi saya... semua orang ada cara masing-masing menangani dugaan dan masalah tersebut.. jangan tersasar dari landasan hidup itu semua sudah memadai




Wednesday, November 27, 2024

ATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA

Assalamualaikum semua 

Kali ini saya ingin menyentuh tentang kedudukan dan jawatan kita semua yang ada sekarang ... ingatan ini kuat untuk diri saya juga... ingatlah bahawa Allah SWT telah atur tempat yang terbaik untuk kita semua.... dan kita berada di tempat tersebut kerana Dia tau kita selayaknya berada di tempat sekarang

Jangan sekali-kali kita pertikaikan dan menidakkan kedudukan seseorang... bising bertanya layak ke dia berada disitu...  siapa kita untuk mengata dia tu tak layak berada ditempatnya.. ingatlah jika kita berada di tempatnya.. entah-entah lagi teruk dan rosak sesuatu perkara itu

Lagi tinggi kita berada sekarang lagi banyak dugaan yang kita akan hadapi.. dan saya selalu ingat bahawa sesuatu kebaikan yang ingin kita buat.. pasti dugaan dan halangan akan ada...

Kadang-kadang kita mengeluh letih dan penat dengan kerja yang ada sekarang tetapi ramai orang mengidam dan menginginkan tempat kita sekarang... ingatan untuk saya supaya berikan yang terbaik dalam pekerjaan kita sekarang... jangan berkira dengan perbagai perkara termasuk tenaga, masa dan wang ringgit kerana bagi saya kepuasan itu penting bukan niat mengejar pangkat dan kedudukan

Tuesday, November 26, 2024

CATATAN PERTAMA DISEMBER TAHUN 2024

Assalamualaikum dan salam sayang semua...

Cepat sungguh masa berlalu kini kita hampir di hujung tahun 2024 dan ini merupakan catatan saya buat kali pertama tahun ini.. hihiihi

Kenapa sekarang baru nak sambung menulis...? ... semangat datang untuk menulis kembali dalam blog ini disebabkan ada insan yang selama ini membaca dan mengikuti hidup saya dengan blog saya ini... sungguh mengejutkan... tapi itulah kenyataan

Macam mana dengan kehidupan sekarang....?... Alhamdulilah kehidupan saya lengkap dan tenang meniti hari-hari.. ada kawan-kawan dan family yang sangat menyenangkan.. segala tanggungjawab saya amanah dalam kerja dan masyarakat saya telah tunaikan tahun 2024 ini.. cuma mungkin tahun depan saya akan susun program dan aktiviti supaya lebih memberi impak yang besar untuk Negeri Melaka.. doakan saya kuat ya

Banyak sangat kenangan dan pengalaman dalam tahun ini, yang pahit yang manis yang takut dikenang lagi, yang hilang datang kembali, anak-anak yang dulu tinggal sebumbung kini keluar mula mengejar cita-cita semua itu memori yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila

Cuma bila dah umur banyak ini...hihihi... saya sangat suka perkara yang mendamaikan contoh mendengar lagu galau tahun 60an hingga 90an contoh lagu....? boleh rujuk catatan saya sebelum ini

Satu lagi...suka mencari makanan yang biasa makan dulu masa kanak-kanak.. contohnya kek murah!! .. one slice RM5.00 ..hahaha.. puas mencari.. teringat dulu-dulu arwah ayah pasti akan membeli kek setiap kali birthday anak-anaknya.. 1 kg baru berharga RM40.00+ dengan aisin/coklat rice penuh keliling serta disusun siap buah cerry merah bertangkai ...semua itu buat kami lima beradik terpegun...

Itulah antara kenangan pasti kita semua ada perkara yang boleh dikenang zaman kanak-kanak dan hidup bersama adik beradik 1 keluarga sebelum semua melangkah keluar dari rumah untuk membina kehidupan masing-masing

Yang pasti... aku rindu saat masa itu semua.. 







TULISAN HARI-HARI AKHIR TAHUN 2024

Ehemmmm.... 😊😊😊💗

Assalamualaikum semua... 


kita layan jiwa ya dulu sebelum nak mula menulis...


How can I just let you walk away,

just let you leave without a trace

When I stand here taking every breath with you, ooh

You're the only one who really knew me at all


How can you just walk away from me,

when all I can do is watch you leave

Cos we've shared the laughter and the pain,

and even shared the tears

You're the only one who really knew me at all


So take a look at me now,

'cos there's just an empty space

And there's nothing left here to remind me,

just the memory of your face

Take a look at me now,

'cos there's just an empty space

And you coming back to me

is against all odds and that's what I've got to face


I wish I could just make you turn around,

turn around and see me cry

There's so much I need to say to you,

so many reasons why

You're the only one who really knew me at all


So take a look at me now,

'cos there's just an empty space

And there's nothing left here to remind me,

just the memory of your face

Take a look at me now,

'cos there's just an empty space

But to wait for you,

well that's all I can do and that's what I've got to face

Take a good look at me now,

'cos I'll still be standing here

And you coming back to me is against all odds

That's the chance I've got to take, oh, oho


Just take a look at me now


so touching bila dengar lagu ini.. terutama lagunya

lagu tersentuh nak-nak sambil drive bawa kereta or motor di haiway dengan hujan renyai waktu petang... mengimbau segala kenangan pahit manis kehidupan




Thursday, January 6, 2022

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua

Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hihi.. kalau ditanya saya adakah bahagia saya sekarang?!.. saya boleh katakan saya sangat-sangat bahagia... kerana saya dikelilingi oleh insan-insan yang terbaik dan semangat... terutama ditempat kerja baru sekarang... Aaminn.. Alhamdulilah.

Kali ini coretan ini saya titipkan khas berkaitan dengan anak sulong saya yang akan melangkah masuk ke dunia lebih mencabar kini... saya akan hantar dia masuk Matrikulasi pada 07 Jan 2022.. ia merupakan tarikh yang akan saya kenang sampai bila-bila kerana kami sekeluarga akan membiasakan diri kerana keluarnya seorang ahli keluarga dari rumah yang hampir 11 tahun kami berteduh dan hampir 19 tahun kami hidup bersama dengan dia...

Kalau ditanya sedih ke tak??.. tipu lah kata hati tak sedih.. cuma saya perlu kuat di depan anak-anak kerana saya sendiri telah menetapkan syarat dalam keluarga ini yang semua anak-anak perlu keluar dari rumah untuk menuntut ilmu/berkerja selepas umur 17 tahun... lihat lah dunia ini.. belajar lah mengharunginya.. timba lah pengalaman yang sangat mencabar dan bina lah hidup masing-masing jangan harapkan ayah dan mama kerana kami sampai masa akan menutup mata 

Hanya doa saya akan iringkan dengan harapan dia akan berjaya dalam hidup dengan membina keluarganya sendiri... pandai-pandailah memilih kawan, bijaklah membuat perhitungan dan semoga Adam berjaya di Dunia dan di Akhirat... Insyallah



Wednesday, October 20, 2021

BIAR KEKAL SAMPAI BILA-BILA

Assalamualaikum dan selamat petang...

Petang di pejabat ini hujan turun dengan lebat, terasa pula nak menaip dalam blog ini... hihi. Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah... saya sangat bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kerana saya kini mempunyai keluarga baru ditempat kerja yang sangat suppotive dan ikhlas berkawan ditambah dengan dikelilingi anak-anak tercinta terasa diri ini sangat bertuah... Alhamdulilah.

Entry sebelum ini saya ada menyatakan bahawa saya telahpun berpindah kerja di tempat baharu... disini saya terasa seperti satu keluarga kerana semangat kekeluargaan yang kuat sentiasa dipegang oleh semua orang... mereka percaya semangat inilah yang akan mengeratkan lagi hubungan semua orang... tidak kira kedudukan dan pangkat.. formulanya sangat simple... iaitu dengan makan bersama-sama maka terjalinlah hubungan baik, apabila semuanya baik maka sebarang masalah dan kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat!!.

Kini saya mempunyai satu pasukan yang kuat dan erat... ia menambahkan lagi semangat saya dalam berkerja dan terasa diri disayangi... apalagi yang saya perlu minta dari Dia... melainkan dipanjatkan doa agar semua hubungan ini akan terus berkekalan sampai bila-bila. Insyallah



TERBACA ENTRY INI RENUNG-RENUNGKAN LAH.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Cuti sekolah seminggu telah pun berlalu... terasa sangat pantas masa mengejar kita semua... apa ya...