Monday, January 13, 2025

HATI ORANG KITA JAGA, HATI KITA SIAPA YANG PEDULI....?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Semoga semua dalam keadaan sihat dan bahagian di samping keluarga dan rakan yang sentiasa membahagiakan.. saya selalu ingat bahawa rakan yang baik juga merupakan rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita...

Hari ini saya ingin menyentuh isu hati yang perlu dijaga... kita hidup dalam dunia ini bukan seorang tetapi kita bermasyarakat, berkeluarga dan berpasangan.. semua ini kita perlu jaga hati dan perasaan mereka terutama tindakan dan tutur kata... kalau hilanglah insan-insan ini maka pasti hidup kita tidak bermakna

Pasti ada yang meluahkan penyataan bahawa... hati orang kita jaga, hati kita siapa yang peduli...??

Tepuk dada tanya hati... pendapat saya... kalau ada yang lebih menjaga hati sendiri, ia lebih pentingkan diri!!!...pastinya aturan hidup kita ini saling bergantung antara satu sama lain... jika kita jaga hati semua orang pasti mereka juga akan begitu... ada balasan yang baik... itulah dinamakan kehidupan

Bagi saya hidup ini mudah... kita semua ada kehidupan masing-masing.. saya akan buat apa yang saya suka dan merasakan betul... dalam masa yang sama saya ada kerjaya, ada keluarga, ada pasangan dan berada dalam komuniti, selagi boleh saya akan menjaga hati dan perasaan mereka bagi memudahkan urusan dan hidup saya... 

Apa-apapun saya perlukan hidup yang tenang, mendamaikan untuk saya kecapi kerana hidup ini hanya sekali sahaja jika ada isu saya terasa hati saya akan buang jauh-jauh dan biarlah masa akan meredakan semuanya





No comments:

TERBACA ENTRY INI RENUNG-RENUNGKAN LAH.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Cuti sekolah seminggu telah pun berlalu... terasa sangat pantas masa mengejar kita semua... apa ya...