Wednesday, January 8, 2025

DIAM ITU INDAH

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita masih dalam bulan tahun 2025... macam-macam perancangan dan program yang telah diatur dan akan dijalankan yang akan bermula selepas hari raya nanti.. fokus utama tahun 2025 ini adalah untuk menambahbaik segala program yang telah dilaksanakan bagi tahun 2024 yang lepas... 

Selalu saya akan ingat untuk diri saya sendiri bahawa sudah berapa lama pun kita berada di satu tempat itu... sudah berapa banyak pun pengalaman kita kendalikan, pasti ada kelemahan walaupun sedikit yang perlu kita akui dan kita selaku peneraju program jangan cepat puas hati... tahun berikutnya perlu kita ada tambahbaik lagi program tersebut.  

Awal tahun seperti masa sekarang ini.. semangatnya lain macammm... hahaha... terutama kita dikelilingi oleh insan-insan tersayang sentiasa memberi sokongan dan idea.. semua ini saya anggap sebagai ubat yang sangat saya perlukan... segala umpatan dan kecaman kita abaikan ... biarkan seperti angin lalu... saya suka dengan prinsip sahabat saya yang sama-sama bertugas iaitu... "DIAM ITU INDAH"... biarkan orang bercakap.. penting satu hari nanti orang lain akan tau siapa yang banyak bercakap... hati busuk dengan orang yang berkerja.




No comments:

TERBACA ENTRY INI RENUNG-RENUNGKAN LAH.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Cuti sekolah seminggu telah pun berlalu... terasa sangat pantas masa mengejar kita semua... apa ya...