Wednesday, November 27, 2024

ATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA

Assalamualaikum semua 

Kali ini saya ingin menyentuh tentang kedudukan dan jawatan kita semua yang ada sekarang ... ingatan ini kuat untuk diri saya juga... ingatlah bahawa Allah SWT telah atur tempat yang terbaik untuk kita semua.... dan kita berada di tempat tersebut kerana Dia tau kita selayaknya berada di tempat sekarang

Jangan sekali-kali kita pertikaikan dan menidakkan kedudukan seseorang... bising bertanya layak ke dia berada disitu...  siapa kita untuk mengata dia tu tak layak berada ditempatnya.. ingatlah jika kita berada di tempatnya.. entah-entah lagi teruk dan rosak sesuatu perkara itu

Lagi tinggi kita berada sekarang lagi banyak dugaan yang kita akan hadapi.. dan saya selalu ingat bahawa sesuatu kebaikan yang ingin kita buat.. pasti dugaan dan halangan akan ada...

Kadang-kadang kita mengeluh letih dan penat dengan kerja yang ada sekarang tetapi ramai orang mengidam dan menginginkan tempat kita sekarang... ingatan untuk saya supaya berikan yang terbaik dalam pekerjaan kita sekarang... jangan berkira dengan perbagai perkara termasuk tenaga, masa dan wang ringgit kerana bagi saya kepuasan itu penting bukan niat mengejar pangkat dan kedudukan

1 comment:

Anonymous said...

semoga terus istiqamah dan cemerlang dengan pelbagai aktiviti yang berkualiti

TERBACA ENTRY INI RENUNG-RENUNGKAN LAH.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Cuti sekolah seminggu telah pun berlalu... terasa sangat pantas masa mengejar kita semua... apa ya...