Assalamualaikum dan salam sayang semua...
Cepat sungguh masa berlalu kini kita hampir di hujung tahun 2024 dan ini merupakan catatan saya buat kali pertama tahun ini.. hihiihi
Kenapa sekarang baru nak sambung menulis...? ... semangat datang untuk menulis kembali dalam blog ini disebabkan ada insan yang selama ini membaca dan mengikuti hidup saya dengan blog saya ini... sungguh mengejutkan... tapi itulah kenyataan
Macam mana dengan kehidupan sekarang....?... Alhamdulilah kehidupan saya lengkap dan tenang meniti hari-hari.. ada kawan-kawan dan family yang sangat menyenangkan.. segala tanggungjawab saya amanah dalam kerja dan masyarakat saya telah tunaikan tahun 2024 ini.. cuma mungkin tahun depan saya akan susun program dan aktiviti supaya lebih memberi impak yang besar untuk Negeri Melaka.. doakan saya kuat ya
Banyak sangat kenangan dan pengalaman dalam tahun ini, yang pahit yang manis yang takut dikenang lagi, yang hilang datang kembali, anak-anak yang dulu tinggal sebumbung kini keluar mula mengejar cita-cita semua itu memori yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila
Cuma bila dah umur banyak ini...hihihi... saya sangat suka perkara yang mendamaikan contoh mendengar lagu galau tahun 60an hingga 90an contoh lagu....? boleh rujuk catatan saya sebelum ini
Satu lagi...suka mencari makanan yang biasa makan dulu masa kanak-kanak.. contohnya kek murah!! .. one slice RM5.00 ..hahaha.. puas mencari.. teringat dulu-dulu arwah ayah pasti akan membeli kek setiap kali birthday anak-anaknya.. 1 kg baru berharga RM40.00+ dengan aisin/coklat rice penuh keliling serta disusun siap buah cerry merah bertangkai ...semua itu buat kami lima beradik terpegun...
Itulah antara kenangan pasti kita semua ada perkara yang boleh dikenang zaman kanak-kanak dan hidup bersama adik beradik 1 keluarga sebelum semua melangkah keluar dari rumah untuk membina kehidupan masing-masing
Yang pasti... aku rindu saat masa itu semua..
1 comment:
semoga senantiasa tenang dan sihat hendaknya
Post a Comment