Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Cuti sekolah seminggu telah pun berlalu... terasa sangat pantas masa mengejar kita semua... apa yang saya nak sentuh pada hari ini ialah kebahagiaan kita... kita yang mencorakkan dan kita siapa yang ingin mengatur corak hidup orang lain... segala kekurangan kita ataupun orang lain... kena terima seadanya dan berupayakah kita untuk mengubah cara, sikap orang... nak-nak yang dah umur dah hampir separuh abad...
Untuk kita menjaga dan mengatur cara pengurusan kerja orang lain bukan ini masanya... kita juga ada tanggungjawab yang berat perlu dilaksanakan... takut nanti yang di kendung berguguran dan yang dijaga berciciran... tahap kemampuan kita ada batasnya.. jangan kerana kerja kesihatan kita terganggu dan hidup kita dalam stress sentiasa... kalau difikirkan saya ini siapa untuk menegur dan memberi pandangan tetapi bagi yang terbuka atau terbaca entry ini renung-renungkan lah...
Seperti mana apa yang saya selalu katakan... semakin tinggi kedudukan kita semakin tinggi dugaan yang perlu kita tempuh dan selesaikan... kerja ini tidak akan habis walaupun kita mati... so kita kena bijak menguruskan asingkan mana yang penting dan perlu diselesaikan dahulu... tinggalkan hal kerja apabila sampi ke rumah dan hindarkan perangai-perangai toksik yang memeningkan...