Wednesday, December 2, 2020

KENIKMATAN DISEBALIK PKP 2020

ASSALAMUALAIKUM...







Post ini telah lama saya tulis tetapi menunggu masa yang lama untuk saya terbitkan kerana banyak perkara yang berlaku... barulah sekarang saya berkesempatan untuk kongsikan rasa hati saya ketika PKP dahulu... 

Kalau ditanya sama ada saya suka atau tidak ketika PKP dijalankan... secara jujur saya katakan saya sangat suka ketika ia dilaksanakan... masa bersama keluarga kita sangat banyak, sepanjang masa kita akan bersama anak-anak, disitulah kita akan lebih rapat dan mengenali mereka, peluang dan ruang yang ada ini saya gunakan sebaik mungkin dengan membuat syarat supaya semua wajib! makan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam bersama, semua aktiviti buat bersama-sama anak-anak. 

Ketika makan bersama-sama maka baru kita dapat tau serba sedikit karektor anak-anak. kalau agaknya ada 10 anak maka akan ada 10 karektor yang berbeza.... ini baru 4 orang... hihi. Disinilah masa untuk kita mengajar mereka adab ketika berada dimeja makan walaupun ia perkara yang biasa mereka amalkan, contohnya...

1) Sunat makan secara beramai-ramai kerana dalam hadits sahih sendiri menyebut bahawa banyak keberkatan yang terkandung di dalamnya

2) Menggunakan tangan kanan, digalakkan menggunakan 3 jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) dan dilarang menggunakan tangan kiri

3) Tidak bersandar ketika makan

4) Tidak mencela makanan tersebut

inilah antara adab ketika makan menurut islam yang sering kita terlupa dimana saya ambil sedikit catatan dari... https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/21/adab-makan-menurut-islam-rasulullah-saw/ kredit untuk Blog ini.

Bagi saya terlalu banyak aktiviti yang boleh dibuat ketika masa PKP ini hanya kita sendiri yang akan menentukan bahawa masa itu dimanafaat sebaik mungkin atau masa ketika itu hanya duduk di rumah dan banyak masa dibuang hanya melihat media sosial sahaja. Dalam keadaan dunia sekarang terlalu banyak perkara yang kita tidak terpikir mustahil berlaku pada masa dahulu telahpun berlaku... itu saya ingatkan pada anak-anak semua kena bersedia fizikal dan mental bagi memastikan mereka dan keluarga mereka akan terus kuat dan tabah sebarang dugaan yang akan datang nanti yang pasti ketika itu saya memang telah tiada bersama mereka.





No comments:

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...