Wednesday, December 2, 2020

PENGAKHIRAN YANG MEMBAHAGIAKAN...

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kalau ditanya saat sekarang apa rasa hati saya.. boleh saya katakan bahawa saat kini saya bahagia dan syukur dengan apa yang ada disekeliling saya.. insan-insan, rezeki dan kesihatan yang sentiasa baik.

Betulkan janji Allah bahawa... jika seseorang itu sabar menghadapi dugaan maka dipengakhirannya nanti akan kita dapat rasa nikmatnya. Apa yang berlaku sebelum ini sangatlah besar dugaan kadang-kadang terasa ingin tumbang tetapi dimana datangnya kekuatan dan ketabahan diri ini hanya yang Maha Esa sahaja yang tahu... 



Disamping kita tenang menghadapi kehidupan ini... jangan kita lupa sejarah dan pengalaman lalu walau pahit untuk kita kenang... jadikan satu peringatan dan panduan untuk kita  menjalani kehidupan akan datang yang kita belum tahu apa ranjau yang sedang menunggu. 





No comments:

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...