Saturday, July 8, 2017

9 JULAI 2017 BERSAMAAN 15 SYAWAL 1438 HIJRI

Assalamualaikum...

Hari ini 9 Julai 2017 Bersamaan 15 Syawal 1438 Hijri, hari Ahad genap sudah umur saya menginjak 40... pagi tadi buka sahaja mata... diri ini termenung sebentar memikirkan percaya atau tidak umur telah sampai 40an... terasa sangat cepat masa berlalu sehinggakan hati terasa sayu tidak dapat memikirkan apa yang akan berlaku 5/10  tahun akan datang... kalau ditanya apakah hadiah yang ingin untuk hari lahir... pasti saya akan menyatakan bahawa saya hanya mahukan jiwa dan cinta saya terus berada di depan mata saya... saya puas melihat insan-insan ini gembira, bahagia di samping saya sama-sama menjalani hidup ini.

Sesiapa yang kenal rapat dengan saya pasti akan tahu bagaimana jiwa dan hati saya ini... saya bukan jenis yang suka mencari masalah dengan sesiapa sahaja, saya bukan jenis yang suka menyusahkan orang lain... jikalau saya mampu melakukan sesuatu saya akan melakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain serta saya bukan jenis yang mudah untuk melupakan apa yang berlaku pada masa lepas... semua itu akan diingati sebagai panduan dan ingatan untuk saya menjalani hidup ini.



Sesuatu yang pasti dan saya akan bawa sampai kemati ialah sifat saya yang sanggup berkorban apa saja demi insan yang saya sayangi dan cintai... itu adalah pasti!!




4 comments:

Unknown said...

selamat hari jadi tuan..
semoga sentiasa di limpahi kurniaan dr Allah, diberikan kekuatan utk menjalankan tanggung jawab dan ibadah serta bahagia bersama org2 yg dikasihi..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm mr momo... aaminn... semoga anda juga bahagia...

Kiwi said...

Selamat hari lahir..semoga sentiasa berbahagia dlm menjalani kehidupan ini..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm Kiwi... insyallah...

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...