Tuesday, August 8, 2017

SABAR LAH DIRI....

Assalamualaikum...

Hari ini banyak kerja dilakukan di luar pejabat... ke Seri Negeri dan kalau sempat ke Jasin... semua melibatkan tentang standard prosedur keselamatan... Insyallah semuanya berjalan lancar.

Kerja kami ini banyak melibatkan masa di dalam kenderaan... nasib baik Negeri Melaka ni kecik daerah pun hanya 3 sahaja kalau tak berhari baru nak buat satu pusingan lengkap melawat semua daerah macam negeri yang besar seperti Negeri Johor, Pahang dan Terengganu. Hihi...

Cuma rasa masa di dalam kenderaan terasa terbuang jika tidak melakukan perkara yang disukai... contohnya saya suka mendengar radio, cd, atau pun berhubung dengan rakan-rakan atau pun keluarga...inilah masa call tanya perkembangan terkini.

Saya doakan agar anda semua selamat ke mana jua destinasi... dan doakan saya agar selamat sentiasa kerana jujur saya seorang yang kurang sabar jika berada di atas jalan raya... huhu. Selalu ingat Arwah ayah berkata" Sabar itu separuh dari iman"... Sabar lah diri...




2 comments:

kiwi said...

Atas jalan raya kene la bersabar...kita kan berkongsi jalan raya...macam kita letakkan bermacam orang di dalam satu dewan..masing-masing ada perangai masing masing..kene la banyak bertoleransi...seperti budaya di negara matahari terbit...

alifreyes or said...

saya pernah dapat salah satu call tu heheh

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...