Dah lama tak bercerita tentang anak-anak... bila dipikirkan tahun 2018 tidak lama lagi jadinya usia mereka bertambah setahun... Adam tahun depan berumur 15 tahun, manakala Yasmine akan menginjak umur 12 tahun, Insyirah pula akan masuk darjah 4, 10 tahun dan Mohd pula berumur 8 tahun akan masuk darjah 2.... Alhamdulillah sudah besar anak-anak ayah semua.
Pelbagai ragam dan karenah anda semua yang menyebabkan rumah kita sentiasa bising dengan suara gurau dan gaduh kalian semua... ada sahaja gelak ketawa dan jerit... nasib baik ayah membina rumah yang sesuai untuk membesarkan anda semua
kepada kalian semua...
Ayah kena bersedia untuk satu hari nanti anda semua akan melangkah keluar dari rumah kita untuk menuntut ilmu dengan lebih tinggi... itu perlu dan pasti!
Ayah perlu bersedia untuk satu hari nanti anda semua akan melangkah keluar untuk membina keluarga sendiri...
Ayah perlu bersedia untuk satu hari nanti anda semua akan melangkah keluar untuk mencari rezeki pula...
tetapi apa-apapun...
ingatlah bahawa ayah membina rumah kita dengan sepenuh perasaan, jiwa dan disulam dengan penuh kasih sayang...
sejauh mana pun kalian akan pergi
jangan lupa rumah kita!...
tiada sesiapa pun yang boleh ganggu gugat kebahagian yang ayah bina dan cipta untuk kita sekeluarga.
4 comments:
Tiba2 mata masuk habuk lak....
hihi.... kan Uncle Sazalie
perkara yg pasti berlaku...sebagaimana kita dahulu..melangkah keluar dari rumah ibubapa kita untuk sambung belajar...then kita bina kehidupan sendiri...hanya sesekali kita berpeluang untuk pulang bersama mereka...ya...kita kena bersedia untuk berhadapan dengan situasi yg sama sir....
Ya Zarina... sayang dan kasih sehebat manapun saya pada anak-anak saya.. satu hari nanti mereka pasti akan keluar... itulah dinamakan kehidupan. cuma saya doakan agar mereka bahagia dunia dan akhirat
Post a Comment