Post ini dibuat ketika sedang duduk berehat memandang pantai Laut China Selatan... menunggu semua siap sedia untuk aktiviti pada hari ini... terkenang malam tadi makan malam bersama semua pegawai seluruh Malaysia. Melihat keakraban semua menyebabkan hati merasa sangat gembira dipertemukan insan-insan yang mempunyai sifat persaudaraan yang tebal.
Pagi di Labuan |
Sesungguhnya ikatan yang terjalin ini akan tetap dipelihara sampai bila-bila... jangan lah di putuskan kerana saya selalu berpegang... Allah S.W.T mengutuk dan melaknati bagi orang yang memutuskan silaturahim serta tidak akan di masukkan Syurga.
Kepada insan-insan yang mengenali dan disayangi... diri ini sentiasa berdoa agar ikatan yang tersimpul ini tidak akan terlerai terus utuh sampai bila-bila... kita jaga ya... insyallah
8 comments:
Ikatan persahabatan yg ikhlas akan tersimpul kemas...dari persahabatan yang saling hormat menghormati antara satu dgn lain..tolak ansur.. dansemangat persaudaraan yg kuat..
Semoga "Pagi di Labuan"memberikan aura baru dalam menghadapi susun atur hidup hari ini..
Menghargai persaudaraan dan persahabatan yang terbina memberikan kita kekuatan dalam mendepani hidup.
Salah satu rezeki yang tidak dijangka adalah kita didampingi oleh orang-orang yang baik dan positif...justeru hargai dan hormatilah anugerah itu..
Barang siapa yg ingin diluaskan rezekinya.....dipanjangkan umurnya..hendaklah dia mengutuhkan tali silaturrahim.....dikelilingi sahabat2 yang baik...urusan sentiasa dipermudahkan...adalah bukti kita telah menjaga tali persaudaraan sesama kita...
Ya epol... hormat menghormati sangat penting dalam satu hubungan....tqvm
Ya datin seri ...semoga kita jaga ikatan hubungan baik antara kita...insyallah
Insyallah...zarina.. semoga kita mendapat barakah dari ikatan hubungan ini....
InsyaAllah..
Sama2 menjaga hubungan antara satu sama lain dan bukan hanya mengharapkan sblh pihak sahaja..bertolak ansur. Memahami.. menghormati menjadi kunci dlm persaudaraan dan ikatan berkekalan.
Betul mr momo... sebenarnya mudah shj utk kita menjaganya... semuanya bergantung kepada kita.
Post a Comment