Assalamualaikum...
Malam tadi ketika sedang duduk berehat hati terdetik teringat sahabat baik yang telah lama senyap tiada khabar berita... terkenang bersama-sama beliau belajar banyak cabaran dihadapi... dengar pula kini beliau sedang fokus menjaga ayahanda tercinta yang sakit.
Tidak disangka dalam 5 minit selepas itu... dapat panggilan dari beliau... Allah huakbar... apabila ditanya beliau juga sedang memikirkan dan teringatkan saya. Hebatkan hubungan naluri yang dikatakan sebagai deria yang ke-6 ini...
Bila difikirkan... mungkin ada dua kemungkinan peristiwa itu berlaku... pertama ini mungkin ia berlaku secara kebetulan dan kedua ia dinamakan sebagai ikatan hubungan naluri yang berhubung secara jarak jauh.
Pernah sahaja kita apabila dalam situasi ramai atau bising kita ingin memanggil seseorang dengan hanya memandang tepat kepadanya dan dia akan berpaling kearah kita... contoh lain kita menggunakan deria ke-6 tanpa kita sedari.
Deria ke-6 ini juga boleh kita merasakan kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan dalam satu hubungan.
Dari pembacaan didapati kita semua ada deria ke-6 ini sejak lahir lagi... cuma terpulang kepada kita untuk membinanya. Yang pasti semua kurniaan dari Allah penuh tersirat kebaikan tanpa kita sedari.
Semoga kita semua bahagia dan membahagiakan pada hari ini.... insyallah
Thursday, April 6, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA
Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...
-
Assalamualaikum... Pagi ini ketika memandu berulang kali masih lagi tidak puas mendengar lagu "Kullu Hubbi Minna Lahum" yang ber...
-
ASSALAMUALAIKUM Saya memohon maaf sepanjang saya menulis di sini jika ada yang terasa sesungguhnya semua yang ditulis di ...
7 comments:
Betul en.khairul.. deria ke 6 tu datang tanpa kita sedari.. tapi naluri dapat merasai apa yg tersirat dari dalam hati..
Deria ke 6..ada pada semua insan yg bergelar isteri....
Naluri tu sgt kuat apabila suami mula buat hal....
Memang dapat rasa.......
Antara kelebihan yg Allah bagi.....
Ya betul ina... paling kuat pada isteri.... hihi :)
Biar la yang tersirat dan tersurat itu membawa kebaikan kepada semua
Yang ini den setuju sangat.. haha
manfaatkan apa yang kita ada dengan sesempurnanyaaa..kerana suatu masa nnt kita tak kan dapat apa yg tercicir itu walaupun mengesan dgn deria ke 7 ke 8 dan seterusnya...
#menghargaiitusukartapihasilnyabesar
Tqvm...hihi atas nasihat yang diberikan
Post a Comment