Assalamualaikum...
Post kali ini.. saya tuju khas kepada semua warga kementerian kesihatan terutamanya Nurses di Hospital Besar Melaka.. anda semua ibarat lilin.
Hari ini saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan... alhamdulilah.. semuanya berjalan lancar serta dilayan dengan sangat baik dan mesra sekali...
Sepanjang perjalanan saya untuk membuat pemeriksaan x-ray... saya dapati semua staf hospital terpancar wajah mesra dan ikhlas dalam menjalankan tugas pada hari ini.
Tqvm... Sister Zarina di Wad C diatas kerjasama anda... semuanya berjalan lancar. Walaupun sibuk dengan rutin tugasan masih lagi sanggup membantu.
Memang sejak dulu lagi... dari arwah ayahanda masuk hospital di melaka dan juga bonda yang juga pernah masuk di hospital yang sama kerana batu dalam hempedu.. tiada masalah timbul kepada mereka sepanjang berada di wad... semuanya diselesaikan oleh nurse dengan pantas serta mesra... sesiapa yang tidak pernah menjaga orang sakit di hospital tidak akan tahu... bagaimana besarnya pengorbanan mereka terutamanya nurses, dalam menjaga pesakit mereka...
Terlalu besar pengorbanan mereka... saya tidak percaya mereka bekerja hanya kerana gaji sahaja... pastinya mereka juga mempunyai rasa jiwa dengan pekerjaan ini. Rasa ikhlas, jujur dan bahagia dengan apa yang mereka lakukan.
Bukan calang-calang orang boleh melakukan pekerjaan ini, saya sendiri tidak mampu melakukannya... berdepan dengan karenah pesakit, menuntut kesabaran yang tinggi dan sanggup bekerja tanpa mengira masa... itu semua membuatkan mereka semua terlalu istimewa....
Tiada apa yang boleh saya lakukan melainkan berdoa agar semua warga jururawat di mana jua agar sentiasa dilindungi dan dirahmati olenNya... Insyallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA
Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...
-
Assalamualaikum... Pagi ini ketika memandu berulang kali masih lagi tidak puas mendengar lagu "Kullu Hubbi Minna Lahum" yang ber...
-
ASSALAMUALAIKUM Saya memohon maaf sepanjang saya menulis di sini jika ada yang terasa sesungguhnya semua yang ditulis di ...
8 comments:
Good job warga hospital besar melaka..
Bekerja dgn ikhlas la kunci kejayaan tanpa mengharapkan balasan..
Hope one day berkesempatan buat fully medical checkup di sana..
Ada nurse ke dlm ni yg blh membantu.. hehehe
Ya... mereka dianugerahkan untuk menjadi insan yang membantu.. ibarat lilin sanggup terbakar untuk orang lain...
Syukur alhamdulillah...masih ada insan yang memandang tinggi kerjaya kami..Biarpun sekarang ni banyak sgt pandangan negatif yang dilemparkan terhadap kerjaya kami ni....
Terima kasih banyak2 en khairul...apa lah sangat bantuan saya tu..sikit jer..
yang penting saya dapat membantu..bantu cikgu saya pulak tu..sampai menggigil tangan..kuat sgt aura seorang cikgu tu kan......apa2 pun..jutaan terima kasih en khairul...
Its ok... luahan saya berdasarkan apa yang saya amati dan rasai... u all insan istimewa... tahniah!!
INSAN YANG STABIL EMOSINYA AKAN MEMBERI AURA POSITIF KEPADA SEMUA YANG DISEKELILINGNYA
Tqvm datin seri atas kata-kata tersebut... agar menjadi ingatan utk kita semua
Jaga kesihatan n sentiasa handsome
Rambut dah tumbuh ke..or makin botak
Ada pic saya dalam blog ni adam haikal... tengok la tu..hihi
Post a Comment