Assalamualaikum...
Pagi selasa disambut dengan penuh semangat dan kebahagian...
Pagi ini... catatan dibuat dalam perjalanan ke Putrajaya mesyuarat rasmi yang perlu dihadiri. Sepanjang perjalanan di lebuhraya melihat semua orang memandu ke destinasi iaitu dengn mempunyai niat yang satu untuk mencari rezeki yang halal.
Kita semua adalah sama walaupun ada yang berpangkat tinggi, kerjaya berada teratas kini, kedudukan terbaik... bagi saya kita adalah sama dengan yang bekerja hanya sebagai pemungut sampah, jaga dan sebagainya... yang membezakan kita ialah setinggi mana keikhlasan, keperibadian dan bersihnya hati kita.
Mungkin kerja yang dibawah ini lebih baik tarafnya di sisi Allah dan lebih baik sifat akhlaknya berbanding sesetengah yang berada di atas. Selalu diri ini mengingatkan diri dan anak- anak bahawa tiada ertinya harta dan pangkat jika hati tidak bersih ada sifat dengki, iri hati dan penyakit jiwa yang lain.
Semoga kita semua menjadi insan yang berada kedudukan terbaik di sisi Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA
Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...
-
Assalamualaikum... Pagi ini ketika memandu berulang kali masih lagi tidak puas mendengar lagu "Kullu Hubbi Minna Lahum" yang ber...
-
ASSALAMUALAIKUM Saya memohon maaf sepanjang saya menulis di sini jika ada yang terasa sesungguhnya semua yang ditulis di ...
6 comments:
Ya betul en.khairul... pangkat dan darjat tak akan bawa kita kemana2.. yg penting keikhlasan dan keperibadian yg baik akan dipandang tinggi...
Betul... selalu saya ingatkan diri saya dan keluarga...
Jika suatu masa kita berada di atas....kita kena ingat mereka yang di bawah...kerana kehidupan umpama roda...keikhlasan..kesungguhan..dan kesederhanaan yg akan membuatkan kita dicontohi....
Saya percaya zarina seorg pemimpin yang terbaik...dan disenangi staf bawahan
Salam En Blogger. Saya antara peminat en yang rasanya tau en seorg pemimpin yg hebat, pensyarah yg disukai pelajarnya serta bapa yg penyayang
Tqvm
Post a Comment