Pagi ini ketika memandu berulang kali masih lagi tidak puas mendengar lagu "Kullu Hubbi Minna Lahum" yang bermaksud "Setiap Kasih Dan Sayang Adalah Dari Kami Untuk Anda" yang dinyayikan oleh Faizal Tahir, Aizat, Noh dan Mu'adz.
Hati terasa tersentuh dengan lirik dan muzik yang saya merasakan ia bertaraf Antarabangsa... kali pertama mendengar terasa seperti penyanyi luar negara tetapi tidak sangka... ia merupakan produk lagu kita sendiri.
Lagu ini pun sangat diminati oleh anak-anak... hampir setiap lirik lagu dihafal oleh mereka. Saya difahamkan bahawa lagu ini diilhamkan untuk anak-anak pelarian Syria di Jordan kalau nak bercerita tentang pelarian Syria sangat-sangat menyedihkan kerana menjadi pelarian di bumi sendiri...
Kita di Malaysia boleh memberi bantuan kemanusiaan disaluran yang betul atas landasan kita bersaudara seagama dan seislam.
Di sini disertakan video klip lagu tersebut dan hayati lirik lagu ini... yang bermutu dan terkesan pada diri saya...
3 comments:
Alhamdulillah, sy ingat sy sorg yg meminati lagu ini, tenyata En Khai pon meminati lagu ini, mmg tidak dinafikan setiap lirik yg di sampaikan memberi impak pd yg mendengar juga penghayatan setiap bait2 lirik itu dlm masa yg sama kita patut amik ikhtibar dr apa yg berlaku di sekeliling kita, betama besar Maha kuasaNya...bila ia berkehendak utk terjadi maka pasti akan berlaku...Allahuakhbar
Anak2 pun suka...
Samalah saya mati2 ingat mcm tu..
Now I am using Islamic songs to stir (mostly) my students interest. All must #BACKTOALLAHSWT in what we do. LAILAHAILALLAH..
Post a Comment